Monday, June 21, 2010

sahabat susah & senang

kawan , teman , sahabat , member mahupun geng memang mudah dicari. Namun sejauh kejujuran yang diterima selama aku menjalinkan persahabatan dengan korang ?Setakat mana kasih sayang korang dan terapan nilai persahabatan pada aku ?

Aku bukan mahu dilayani seperti permaisuri atau raja , tetapi sebagai individu yang bergelar sahabat , pastinya korang akan sedaya upaya untuk menjadi insan yang paling rapat dan bertanggungjawab pada aku dan begitu juga sebaliknya .

Sahabat sejati ialah seorang sahabat yang boleh berkongsi apa saja .Bukan hanya boleh bercerita tentang perkara yang indah-indah sahaja , tetapi juga bole mendengar apa saja masalah yang berlaku pada diri kita . kepercayaan dan kesetian dalam bersahabat adalah elemen yang paling penting dalam merealisasikan harapan untuk membawa sebuah persahabatan itu kearah yang lebih baik dan tulus . Persahabatan yang berkekalan akan membawa kepada kesejahteraan dalam bersosial .Sebagai remaja yang periang pastinya kehadiran sahabat adalah suatu hal yang boleh membuatkan diri kita teruja

No comments:

Post a Comment